Mahasiswa sebenarnya adalah golongan terpilih untuk memenuhi dunia IPT bagi mendalami bidang keilmuan secara formal. Secara automatik golongan inilah disandarkan harapan oleh masyarakat untuk memimpin dan membimbing mereka. Sedar atau tidak, setiap mahasiswa wajib memikul amanah ini, sekurang-kurangnya dengan menjadikan kampus sebagai tempat persediaan ke arah mempersiapkan diri untuk terjun dalam masyarakat setamatnya pengajian di IPT.
Mahasiswa seharusnya menggunakan peluang yang terhidang untuk mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menjadi seorang yang berguna yang mana dapat kita berikan untuk manfaat masyarakat. Rasulullah s.a.w ada bersabda : "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelumtua, masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin dan masa lapang sebelum sibuk".
Sesungguhnya usia mahasiswa di IPT adalah masa dan tempat yang terbaik untuk menjana minda, merevolusikan dan mencetuskan wadah pemikiran, melatih kepimpinan, mencerna pengalaman dan banyak lagi terutamanya untuk menyahut seruan alaf baru yang pastinyamenjanjikan suatu corak kehidupan yang sukar diramalkan. Tahukah anda wahai mahasiswa, bahawasanya anda semua adalah bakal pemimpin pada masa hadapan. Janganlah hendaknya apabila sudah berada dalam lapangan masyarakat, barulah insaf dan sedar akan kesilapan tidak menggunakan opportuniti yang melambak di IPT
Marilah kita kembali memuhasabahkan diri akan matlamat kita berada dalam golongan yang dilabelkan sebagai mahasiswa ini. Apa sekalipun matlamat utama yang perlu ada dan disedari oleh kita ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Ini haruslah menjadi sandaran utama bagi kita untuk terus
menerokai alam kemahasiswaan seterusnya. Sesungguhnya hubungan kita dengan pencipta _Allah adalah paksi utama dalam persediaan membina kekuatan buat menempuh cabaran seterusnya.
IPT bukanlah tempat untuk menimba ilmu secara formal semata-mata, sebagai contoh pelajar BBA, BIT atau BIS hanya mempelajari bidang berkaitan dengan kursusnya sahaja. Benarlah itu matlamat kita, mendapatkan sekeping diploma atau ijazah.
Namun amatlah rugi seandanya apabila tamatnya pengajian, hanya sekeping pengiktirafan yang dicapai sedangkan masih terlalu luas peluang di IPT yang tidak diterokai sebagai persediaan untuk berdepan dengan masyarakat, memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Sebagai pelapis kepada pemimpin masyarakat, maahsiswa perlu menghayati budaya membaca. Didapati majoriti mahasiswa sememangnya menghayati budaya membaca tetapi malangnya mereka membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, makalah hiburan, novel picisan dan sebagainya yang tidak mempunyai nilai ilmiah bahkan adakalanya merosakkan pemikiran. Sememangnya mahasiswa mambaca bahan akademik, contohnya bacaan berkaitan kursus yang dipelajarinya. Tetapi biasanya ianya adalah pembacaan yang sekadar untuk menyiapkan tugasan atau kerja-kerja akademik atau lebih tepat lagi untuk lulus peperiksaan. Amat kurang sekali mereka yang membaca bahan akademik yang tiada dalam silibus pelajaran, apatah lagi yang tiada kaitan dengan kursus yang diikutinya.
Tidak dinafikan bahawa kekuatan ilmiah yang menjana kekuatan mahasiswa untuk lebih bertenaga dalam perjuangannya. Tanpa ilmu, agak sukar bagi kita untuk mendekati dan menyelami permasalahan, apatah lagi untuk menyelesaikannya. Ilmu adalah bekalan utama untuk mahasiswa menjadi agen kepada masyarakat. Ringkasnya ilmu adalah wasilah untuk berdampingan dengan sosial. Dengan ilmulah seseorang itu dapat membezakan antara kebenaran dan kesesata. Dan adalah menjadi tanggungjawab
mahasiswa untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kesesatan.
Masalah sosial yang melanda muda-mudi hari ini adalah suatu situasi yang seharusnya tidak dijebaki oleh mahasiswa. Mahasiswa seharusnya berganding fikiran dan tenaga bersama masyarakat untuk meredakan kebobrokan sosial ini seterusnya mengislahkannya ke arah melahirkan sosial yang berakhlak. Dan adalah mata
Yang dimaksudkan IPT sebagai tempat untuk menjana minda dan merevolusikan pemikiran ialah mahasiswa menjadikan IPT sebagai
Ringkasnya kehidupan mahasiswa bolehlah diibaratkan bermula di IPT, sekaligus menyangkal slogan yang biasa kita dengar "Life begin at fourty". Jadi bolehlah kita ubah slogan itu kepada "Life begin at IPT"Moga-moga ini dapat menambahkan semangat mahasiswa untuk bersedia memulakan perjuangan hidupnya. Insya Allah.