Assalamualaikum w.b.t

Menyusuri kehidupan umat islam yang kian leka dan alpa, kebanyakkan daripada kita tidak lagi menilai sesuatu perkara berdasarkan pandangan dan prinsip agama yang mantap. Tetapi, berdasarkan keinginan nafsu yang rakus dan sebahagian budaya seharian yang jelek yang telah ditinggalkan sejak berkurun lamanya. Akhirnya, jati diri yang telah disematkan oleh guru-guru pada seketika dahulu kian menghilang sedikit demi sedikit.
Dan kesannya, timbullah gejala al-Wahn yang mendorong kita untuk mengorbankan segala prinsip dan ajaran agama dengan sewenang-wenangnya. Jati bermaksud asli, murni, tulen, yang sebenar dan tidak bercampur-campur*(Kamus dewan, hal:521)*. Jati diri yang ingin saya tekankan di sini adalah jati diri sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Memikirkan diri dalam mendepani pelbagai cabaran pada dewasa ini, pengukuhan jati diri harus dilaksanakan dan perlu senantiasa di gilap untuk muncul sebagai Muslim yang cemerlang di sebalik cabaran-cabaran tersebut.
Di sini saya ingin menggariskan beberapa prinsip asas yang diperlukan oleh setiap daripada kita bagi membina jati diri yang kukuh dan mantap.
1) Utamakan Tanggungjawab
Dan kesannya, timbullah gejala al-Wahn yang mendorong kita untuk mengorbankan segala prinsip dan ajaran agama dengan sewenang-wenangnya. Jati bermaksud asli, murni, tulen, yang sebenar dan tidak bercampur-campur*(Kamus dewan, hal:521)*. Jati diri yang ingin saya tekankan di sini adalah jati diri sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Memikirkan diri dalam mendepani pelbagai cabaran pada dewasa ini, pengukuhan jati diri harus dilaksanakan dan perlu senantiasa di gilap untuk muncul sebagai Muslim yang cemerlang di sebalik cabaran-cabaran tersebut.
Di sini saya ingin menggariskan beberapa prinsip asas yang diperlukan oleh setiap daripada kita bagi membina jati diri yang kukuh dan mantap.
1) Utamakan Tanggungjawab
- "Seorang Muslim yang sejati akan menjadikan seluruh aktiviti kehidupannya sebagai manifestasi pengabdian kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kerana menyedari bahawa jika segala tanggungjawab itu ditunaikan dengan baik, maka dengan sendirinya akan tertunailah segala hak, tanpa perlu dituntut".
- "Setiap Muslim tidak harus terlalu asyik dengan status 'Khalifah Allah' yang sering didodoikan kepada mereka, sehingga terlupa bahawa mereka juga seorang 'Hamba Allah' yang diamanahkan dengan pelbagai tanggungjawab".
- "Betapa hebatnya iman bila telah menembusi Hijab hati kita, tiada apa lagi yang boleh menukar gantinya. Kita diberi tawaran samada memilih nyawa tanpa iman atau memilih iman tanpa nyawa, lalu kita memilih iman tanpa mempedulikan nyawa kita"
- "Orang yang beramal tanpa ilmu menyamai ciri-ciri golongan Nasrani, manakala orang yang tidak beramal dengan ilmunya pula menyamai perangai Yahudi"
- "Pengabdian yang dipersembahkan melalui amalan zahir anggota badan semata-mata tidak mempunyai apa-apa ert jika ia tidak di sertai dengan batin yang tulus ikhlas mengharapkan keredhaan Allah".
- "Sebagaimana amalan batin itu memberi kesan ke atas kesahihan amalan zahir, maka begitu sebaliknya, amalan zahir juga boleh mempengaruhi kesahihan amalan batin".
- "Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menjadikan kesahihan kedua-dua jenis amalan zahir dan batin sebagai syarat penerimaan di sisiNya."
- "Jika amalan yang tidak ikhlas ini akan ditolak oleh Allah meskipun menepati Sunnah Nabi, maka begitu juga sebaliknya, amalan yang tidak menepati sunnah Nabi tidak akan di terima oleh Allah mestipun ada niat ikhlas.
- "Kerana berpegang kepada persepsi yang salah ini, maka masyarakat Islam tidak lagi segan silu untuk melakukan perkara yang menyalahi sunnah nabi atau yang melanggar batas hukum syara' dengan alasan (kononnya): "Asalkan niatnya baik".
6) Berbeza dengan Golongan bukan Islam
- "Selain daripada Al-Quran, terdapat banyak hadith nabi yang menjadi asas bagi prinsip ini, sehingga ada 'ulamak yang mengumpulkan lebih daripada 30 buah hadith sahih mengenainya".
- "Peniruan dan persamaan budaya hidup akan membibitkan rasa kasih sayang dan wala(Kepatuhan), sedangkan kasih sayang dan wala' kepada orang yang tidak beriman bercanggah dengan tuntutan iman".
- "Persamaan amalan zahir juga menjadi faktor kepada terhakisnya identiti dan kemerosotan jati diri kerana kekuatan jati diri bergantung kepada kekuatan iman.
7) Menghayati Tuntutan Dua Kalimah Syahadah
- "Orang yang berpegang Tauhid Uluhiyyah pasti berpegang juga dengan Tauhid Rububiyah, tetapi orang yang berpegang dengan Tauhid Rububiyyah sahaja tidak semestinya berpegang dengan Tauhid uluhiyyah. Disebabkan tidak ada Tauhid Uluhiyyah inilah, maka golongan musyrikin telah menyekutukan Allah dengan sesutau yang lain dalam ibadat, meskipun mereka mengakuiNya sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta".
- "Setiap Muslim wajib beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran dan Sunnah kerana keimanan kepada Nama-nama dan sifat-sifat itu merupakan salah satu cara untuk mengenaliNya, sedangkan mengenal Allah itu adalah asas bagi aqidah Islam".
- "Jika maklumat yang disampaikan oleh seorang menteri diterima sebagai fakta rasmi kerajaan, maka begitulah juga dengan maklumat atau Risalah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad wajib diterima sebagai wahyu rasmi dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
0 comments:
Post a Comment