Usrah Pepias Pusat 10 Disember 2008

Jam di komputer ni dah 1256am... Esok saya akan pergi ke Shah Alam... menolong pak cik repair and cat rumah... Tadi pulang dari kerja jam 6 ptg++.... makan sikit... mandi... solat maghrib n terus ke sekretariat Pepias... bak kata kawan2... nak cas diri... usrah membincangkan buku hadith 40, Hadith ke-11 tentang sifat ragu-ragu dalam diri.

Cuma nak kongsi ape yang saya dapat daripada usrah tadi... Antaranya:

1) Tentang kebesaran ALLAH di dalam hati kita sebagai manusia dan mahasiswa. Betapa kecilnya Allah di kebanyakkan hati manusia. Sehingga ada senior yang bagitau tentang paderi di gereja bagaimana besarnya JESUS di hati mereka. Lihatlah kawan2 dan sahabat sekali... mereka byk membuka sekolah2 inggeris di tanah air kita ini. Ditanya mengapa mereka sibuk buka sekolah n berdakwah.... jawapan mereka..."JUST for the seek of JESUS".... Lihatlah kawan2 Jesus didalam hati2 paderi ini lebih besar berbanding dengan ALLAH di hati umat islam bahkan dai'e Islam itu sendiri. Apa lagi yg perlu kita lakukan selain menjadikan ALLAH sebagai The ultimate GOAL.... besarkan ALLAH DENGAN SEBESAR-BESARNYA DI HATI KITA.

2) Tuan2... Satu perkara yang perlu kita ingati.... MATI... yang pasti datang kepada kita. Beringatlah.... mati boleh berlaku bila-bila masa... menyoroklah di ceruk manapun... ia pasti akan menemuimu.... oleh kerana itu.... Beringat dan berushala dengan sekuatnya untuk bersedia menghadapi mati....

3) Balik dari usrah sya diingatkan lagi tentang tanggungjawab kita sebagai dai'e.... selain kita sibuk berprogram dan berdakwah jangan lupa.... berceritalah juga kepada sesiapa yang kita jumpa (most important Sesama Muslim) tentang mati yang pasti akan menjemput kita.

4) Ohya... tentang ilmu.... ilmu pengetahuan yang baik akan juga mengelakkan kita daripada sifat ragu2 dan syak didalam hati.... ilmu... kita perlu: tahu, faham dan dalami.... begitu juga dengan hidup kita... wajiblah bersumberkan Al-quran dan Sunnah..... Al-quran itu sendiri sebaiknya perlulah didalami dengan membuka semula kitab2 tafsir.... fahami dan sampaikan kepada telinga terdekat dan telinga2 yg lain.

5) Hidup sebagai umat islam ini amat indah... kita bukan penganut yg fanatik dan melonggar-longgarkan ... tetapi kita perlu bersederhana dalam apa yang kita pelajari dan amalkan....

6) Bersihkan lah hati drpd keinginan dunia yg melampau-lampau... dekatkan diri kepada akhirat dengan berusha perbanyakkan ibadah...

7) Bila hati kita akan begejolak? -ketika hendak melakukan dosa pertama -Setelah selesai membuat dosa -apabila kita meninggalkan kebaikan dan dan takde usaha untuk mendapatkan kebaikan setelah selesai membuat perkara syubhah.

8) Dengan itu , besarkanlah Allah dihati kita dengan sebesarnya dan mengusir bisikan syaitan. jadikan diri kita dengan pertahanan2 diri= ilmu, doa, istghfar dan zikir an lain2.

9) Beringatlah kepada kawan2 seperjuangku sekalian.... segala apa yg berlaku didunia ini semuanya adalah dengan kehendak, kudar dan izin Allah ta'ala... kita hanyalah manusia yg hina kepada Allah jua yg patut kita sembah dan tawakkal.

10) Akhir sekali, Segala apa yg kita buat adalah 3M: -mulakan dengan diri sendiri -mulakan dengan perkara yang kecil - mulakan sekarang


Dah kul 137 am. oklah kawan2 esok nak kerja kul 8.... sampai sini sahaja buat masa ni. Semoga serba sedikit ilmu yg dikongsi ini dapat disebarkan dan segala kesalahan adalah kelemahan insan bergelar manusia. yang baik itu jualah hanya daripada ALLAH yang MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENYAYANGI.

Wassalam.

0 comments: