Berjuangkah kita?

Aku berkata: Hidup ini mesti bergerak
bukan diam dan bukannya beku
hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.
Ia adalah membela hak,
orang merdeka mana tidak membela haknya?
Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi
laksana seorang pemimpin boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’,
apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.”

Razman says: Kata2 tuh dari Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. ni adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278 .,sangat mendalam maksudnya... boleh dijadikan sebagai pembakar semangat pejuang gerakan.... Takbir!!!!!!!!!!!!!!

0 comments: